Monday, July 26, 2010


MAKSUD DI SEBALIK PEMILIHAN WARNA DAN SIMBOL


BIRU
semangat perpaduan yang jitu di kalangan setiap warga pendidikan di sekolah ini meliputi staf akademik, staf sokongan, warga murid, warga ibu bapa dan masyarakat amnya dalam menjayakan dan mencapai matlamat pendidikan negara


MERAH
semangat juang nan tinggi diiringi semangat keberanian yang kental dalam mencapai maksud pendidikan di kalangan setiap warganya


KUNING
kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja, negara dan kerajaan pemerintah dalam menjayakan matlamat dan falsafah pendidikan kebangsaan


PENA
setiap kejayaan yang akan muncul akan didasari oleh sebatang pena


OBOR
semangat yang kian membara di kalangan warganya dalam mengejar cita-cita dan hasrat yang ditetapkan


KOMPUTER
penguasaan dan proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan ke arah kecemerlangan pendidikan


BUKU
pedoman hidup selari dengan ayat surah Al-Alaq


1952
tahun penubuhan sekolah


HIDUP MESTI BERJUANG
selagi seseorang itu masih hidup, ia perlulah berjuang hingga ke titisan darah terakhir dalam mencapai matlamat dan cita-cita yang diimpikan


REKABENTUK LENCANA
sebentuk buah nanas yang melambangkan bahawa sekolah ini wujud di dalam zon Pekan Nanas, Johor

No comments:

Post a Comment