Monday, July 26, 2010


VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melaui Pendidikan Berkualiti


OBJEKTIF SEKOLAH
  • Menempatkan SKPHA ke tahap kebanggaan dan kepercayaan di kalangan penduduk setempat melalui taraf pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum yang cemerlang.
  • Menanam dan memupuk semangat belajar yang tinggi di kalangan murid bagi meningkatkan peratus pencapaian UPSR dan PTS dari segi kualiti dan kuantiti.
  • Menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu bagi guru dan murid.
  • Menjadikan pusat sumber sebagai pusat bekalan ABM/APD yang lengkap dan penyelenggaraan yang sistematik agar dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah P&P.
  • Mewujudkan suasana alam sekeliling sekolah yang bersih, selamat, ceria, sihat dan menarik.
  • Mewujudkan suasana kekeluargaan di kalangan murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah, PIBG dengan masyarakat tempatan.
  • Memupuk semangat kekitaan dan kerjasama dalam satu pasukan di kalangan guru dan murid-murid.
  • Memastikan murid-murid sentiasa berdisiplin , cintakan sekolah, menghormati guru, kakitangan sekolah serta rakan sebaya.

FALSAFAH SEKOLAH
Murid-murid di sekolah ini mempunyai bakat dan potensi untuk meningkat maju dan peluang yang seluas-luasnya akan diberikan kepada mereka yang memajukan bakat dan potensi masing-masing.


MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan murid-murid yang berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab kepada diri, agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment