Tuesday, November 24, 2009

Pada 19 November 2009, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009 telah diumumkan. Seramai 28 orang murid telah menduduki ujian tersebut. Daripada jumlah tersebut sebanyak 11 orang murid telah menpat keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam semua subjek.

Ini merupakan sejarah bagi sekolah ini selepas pada tahun 2008 seramai 6 orang murid mendapat 5A dengan pencapaian keseluruhan 100% bagi semua mata pelajaran. Agak mendukacitakan pada tahun ini apabila hanya subjek Sains sahaja yang mendapat kelulusan 100%.Ini meerupakan sedikit penurunan dari segi pencapaian keseluruhan. Tetapi kekecewaan sedikit terubat apabila seramai 11 orang murid sekolah ini mencapai kelulusan penuh 5A.

Berikut senarai murid yang mendapat 5A bagi semua mata pelajaran:

1. Muhammad Syazwan Bin Md Roslan

2.Mohd Rosalaini Bin Rosman

3. Muhamad Shahrizad Bin Mohamed Arifin

4. Muhammad Zulkarnain Bin Tukimin

5. Muhammad Saifuddin Bin Tukirin

6. Muhamad Afif Bin A. Majid

7. Mohd Zulkhairi Bin Saedon

8. Siti Nurhaziqah Binti Azhari

9. Nursyazwa Binti Muhamed

10. Radiah Binti Abdullah

11. Nur Aini Binti Rosman

No comments:

Post a Comment