Tuesday, November 24, 2009

SEJARAH SEKOLAH


Kira-kira 77 tahun lalu, Kampung Parit Haji Adnan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1925.Keprihatinan dan betapa pentingnya ilmu demi masa hadapan, para penduduk kampung telah mencapai kata sepakat untuk membina sebuah sekolah di atas sebuah tanah wakaf pemberian penduduk kampung. Maka tanggal 6 Februari 1952 iaitu selapas 27 tahun kampung ini dibuka, akhirnya terbina sebuah bangunan sekolah daripada jenis kayu beratapkan nipah dengan ukuran 60 kaki X 14 kaki dengan mengambil nama Kampung Parit Haji Adnan di mana sekolah ini dibina iaitu Sekolah Melayu Parit Haji Adnan.

Pada ketika itu terdapat kira-kira 50 orang muurid dengan tenaga pengajarnya seramai 2 orang termasuk Guru Besar yang berkhidmat di sekolah ini. Mereka inilah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir, mengurus dan mendidik anak Melayu di kampung ini.

Cogankata seolah ini pada awalnya iaitu “Ilmu Pelita Hidup” adalah hasil buah fikiran dua orang guru tersebut. Menjelang tahun 1953, bangunan asal telah diuabahsuai oleh seorang tukang kayu bernama Tuan Haji Abdul Karim Bin Haji Adnan dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 700.00 hasil peruntukan Pejabat Pelajaran Pontian. Namun peruntukan tersebut masih berkurangan untuk menampung kos pengubahsuaian bangunan asal. Pihak Syarikat South Malaya Pineapple Growers(SMPG), Pekan Nanas telah menyumbang sebanyak RM 500.00 sebagai sumbangan kos tambahan pengubahsuaian kepada pihak sekolah.

Kira-kira dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1955, sebuah bangunan kayu dengan ukuran 70 kaki X 24 kaki X 13 kaki telah dibina dengan rasminya. Bangunan ini menempatkan 4 buah bilik darjah, sebuah bilik guru da sebuah stor am. Sementara sebahagian besar perabotnya pula diperolehi hasil ihsan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Nan Mah, Pekan Nanas iaitu jiran sekolah ini. Bangunan ini telah dirasmikan pengunaannya oleh Penyelia Sekolah-sekolah Rendah Daerah Pntian pada tahun yang sama. Dengan terbinanya bangunan ini, kemudahan pengajaran dan pembelajaran dikalangan murid-murid dan guru dapat ditingkatkan.

Semenjak dari itu, pelbagai perubahan terus dialami oleh sekolah ini, di mana sebuah bangunan kantin yang diperbuat dari kayu telah dibina pada tahun 1972 untuk keselesaan murid sewaktu makan dan minum di sekolah. Lima tahun kemudian iaitu pada 18 Jun 1977, sekolah menyaksikan sekali lagi perubahan banggunan kekal(konkrit) setinggi dua tingkat yang berukuran 120 kaki X 30 kaki telah dibina dengan peruntukan RM 90 000.00 untuk keselesaan warga sekolah ini. Kini mempunyai enam orang guru termasuk Guru esar dengan anak didiknya seramai 137 orang murid.

Pada tanggal 5 September 1982, sekali lagi sekolah ini mengalami perubahan dengan terbinanya sebuah bangunan kekal(konkrit) setinggi dua tingkat bverukuran 80 kaki X 30 kaki telah dibina dengan peruntukan daripada kerajaan dan menelan belanja sebanyak RM 180 000.00. Ketika itu, sekolah ini mempunyai 7 orang guru termasuk Guru Besar dengan jumlah pelajar seramai 128 orang.

Akhirnya pada tanggal 23 Oktober 1982, satu lipatan sejarah yang tidak dapat dilupakan ialah perasmian Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan. Majlis perasmian sekolah ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Musa Hitam iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Dalam usia menjangkau 50 tahun pada tahun, Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan telah mencurahkan baktinya untuk 153 orang anak-anak melayu di Kampung Parit Haji Adnan dan penduduk di sekitarnya dengan berbekalkan seramai 12 orang tenaga pengajarnya yang akan terus gigih mendidik dan membentuk anak bangsa selari dengan aspirasi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment