
MAKSUD DI SEBALIK PEMILIHAN WARNA DAN SIMBOL
BIRU
semangat perpaduan yang jitu  di kalangan setiap warga pendidikan di sekolah ini meliputi staf  akademik, staf sokongan, warga murid, warga ibu bapa dan masyarakat  amnya dalam menjayakan dan mencapai matlamat pendidikan negara
MERAH
semangat juang nan tinggi diiringi semangat keberanian yang kental dalam mencapai maksud pendidikan di kalangan setiap warganya
KUNING
kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja, negara dan kerajaan pemerintah dalam menjayakan matlamat dan falsafah pendidikan kebangsaan
PENA
setiap kejayaan yang akan muncul akan didasari oleh sebatang pena
OBOR
semangat yang kian membara di kalangan warganya dalam mengejar cita-cita dan hasrat yang ditetapkan
KOMPUTER
penguasaan dan proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan ke arah kecemerlangan pendidikan
BUKU
pedoman hidup selari dengan ayat surah Al-Alaq
1952
tahun penubuhan sekolah 
HIDUP MESTI BERJUANG
selagi  seseorang itu masih hidup, ia perlulah berjuang hingga ke titisan darah  terakhir dalam mencapai matlamat dan cita-cita yang diimpikan
REKABENTUK LENCANA
sebentuk buah nanas yang melambangkan bahawa sekolah ini wujud di dalam zon Pekan Nanas, Johor
 
No comments:
Post a Comment