Wednesday, April 27, 2011

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER RIBA







Sekalung TAHNIAH kepada:

YAYASAN SALAM MALAYSIA (SALAM)


PHILIP MORRIS (MALAYSIA) SDN BHD


YB DATUK WEE JECK SENG


PEJABAT PELAJARAN DAERAH PONTIAN


diatas sumbangan 3 unit laptop ACER kepada pihak sekolah.

Saturday, April 23, 2011

PERMUAFAKATAN TAHUN 6
















































JUMAAT, 22 April. Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Penjaga Murid Tahun 6 telah diadakan di Bilik J-Qaf 1. Perasmian majlis telah dilaksanakan oleh Tuan Guru Besar, Puan Rahimah binti Ayub. Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membincangkan pencapaian murid Tahun 6 dalam Ujian Pengesanan Pencapaian Murid 1 (UPPM 1) bersama ibu bapa penjaga.
























Saturday, February 12, 2011

LARIAN PERDANA 2011


Sabtu - 12 Feb. Seramai 19 orang guru dan 169 orang murid SK Parit Haji Adnan telah terlibat dalam Larian Perdana 2011 Peringkat Negeri Johor. Pelepasan peserta larian telah dilakukan oleh Pn. Norlee binti Ismail selaku GPK HEM. Laluan larian sepanjang 2km melalui kawasan jalan raya, kebun kelapa sawit dan kawasan ladang.

Tuesday, January 4, 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011




3 Jan - Perhimpunan mingguan kali pertama bagi sesi persekolahan 2011 telah diadakan di Dataran Kejat bermula jam 7:25 am hingga 7.55 am. Perhimpunan hari pertama telah dimulakan dengan nanyian lagu-lagu rasmi, bacaan doa, ucapan guru bertugas mingguan, ucapan guru besar dan diakhiri dengan bacaan visi sekolah oleh murid-murid. SELAMAT DATANG diucapkan kepada murid-murid baru dan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua murid. Adalah diharapkan status sebagai SEKOLAH TERBAIK GPS (1.50) (Luar Bandar) Negeri Johor pada tahun 2010 akan dikekalkan pada tahun 2011.

Tuesday, November 30, 2010

Persediaan Sesi Persekolahan 2011

TARIKH-TARIKH PENTING
SESI PERSEKOLAHAN 2011
PEMBAYARAN BAYARAN PERSEKOLAHAN
29 Nov. 2010 - 31 Dis. 2010
9:00am - 3:00am
Pejabat SKPHA
TAKLIMAT TRANSISI TAHUN 1
31 Dis. 2010
8:30 am
Bilik Tahun 1
TAKLIMAT PRA-SEKOLAH
31 Dis. 2010
8:30 am
Bangunan Pra-Sekolah Perkasa
PENGAGIHAN BUKU TULIS
31 Dis. 2010
8:30 am - 11:00 am
Bilik JQAF 3
Para ibubapa sila ambil tindakan yang sewajarnya.